Jenazah Mohd Diya selamat dikebumikan

0
165
Gambar kredit: Melaka Hari ini

MELAKA – Jenazah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras petang semalam, selamat dikebumikan sebentar tadi.

Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada pukul 11.50 pagi.

Terdahulu, jenazah mangsa dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur Krubong sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Bomba Melaka, Abu Bakar Katain.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran isteri arwah Noraida Che Nor bersama empat anak berumur antara sembilan hingga 18 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here