Johor, Pahang beralih ke fasa baharu PPN

0
64
Gambar hiasan. Foto MT/FARID JANUDIN

CYBERJAYA – Berkuatkuasa Jumaat ini, Johor dan Pahang akan beralih ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Johor akan beralih ke fasa tiga manakala Pahang beralih ke fasa empat.

“Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PPN dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa tiga dan empat adalah sama dengan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, keterangan SOP terkini itu akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan beberapa kelonggaean baharu antaranya waktu beroperasi pasar borong di fasa dua dan fasa tiga dibenarkan mengikut syarat lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada masa sama, katanya, semua pekerja juga mesti sudah lengkap divaksin dan mematuhi SOP sedia ada.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here