Johor,Terengganu beralih ke fasa 4, Langkawi terima pelancong luar negara bulan depan

0
53
Langkawi

CYBERJAYA – Dua negeri iaitu Johor dan Terengganu akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas proses penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Johor dan Terengganu akan beralih dari fasa tiga ke fasa empat. Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa empat adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan Pulau Langkawi akan menerima kemasukan pelancong antarabangsa bermula pada 15 November hadapan.

Katanya, ia susulan kebenaran projek rintis gelembung pelancongan antarabangsa.

“Projek rintis ini akan dijalankan selama 3 bulan bagi pihak KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan lain.

“Dalam memastikan kita semakin di hadapan, ‘consistency’ memainkan peranan penting. Fasa pemulihan pasca pandemik ini masih panjang dan kita semua warga Keluarga Malaysia perlu memberi kerjasama tanpa henti.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here