Jumpa jalan berlubang di KL terus ‘call’ saya- Shahidan

0
129
Datuk Seri Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Setiap aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur akan diselesaikan dalam masa 24 jam, Kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malah bagi memastikan perkara itu diberikan keutamaan, Shahidan turut memberikan nombor telefon beliau dan timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Selain itu, Shahidan turut mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan jalan raya berdekatan projek pembangunan dan kawasan tumpuan utama.

“Saya telah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan mana-mana aduan dan rungutan dan makluman kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam.

“Yang Berhormat boleh hubungi Menteri (019454111), Timbalan Menteri (019-6524444) serta Datuk Bandar (016206888).

“Kami bersiap siaga 24 jam. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak dan berbahaya, hubungi dan kita ambil tindakan dalam masa 24 jam,” katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tindakan Shahidan mendedahkan nombor telefon berkenaan mendapat pujian segelintir Ahli Parlimen yang menyifatkannya sebagai “hebat”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here