Kadar populasi dewasa negara terima vaksinasi lengkap 91.4 peratus

0
5
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 sudah mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 174,732 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja, semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,633,404.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam, 20.2 peratus atau 637,079 orang telah melengkapkan suntikan vaksin.

Sementara itu, 77.5 peratus atau 2,439,727 remaja lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here