Kartunis lukis gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya

0
1183
Lars Vilks

STOCKHOLM – Seorang kartunis Sweden yang pernah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam satu kemalangan ngeri jalan raya.

Lars Vilks, 75, terbunuh bersama dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis.

Menurut Daily Motion, ketika kejadian kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here