Kedah tidak maju kerana banyak berkorban demi negara – MB

0
261
Muhammad Sanusi Md. Nor

CYBERJAYA – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata jumlah peruntukan khas untuk negeri itu jauh lebih kurang berbanding nilai yang dipohon dalam Bajet 2020.

Justeru beliau berharap, Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka untuk berunding mengenai peruntukan yang diperlukan kerajaan negeri itu dari semasa ke semasa.

Sanusi berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan perkara itu kerana Kedah bukan sahaja negeri yang miskin tetapi telah ‘berkorban’ untuk tidak menerima pembangunan tanah negeri demi kepentingan rakyat negara ini.

Katanya, sebagai negeri penyumbang utama keperluan beras negara dengan kadar 43 peratus, negeri itu terpaksa mengekalkan jumlah tanah sawah yang jika dimajukan mampu memberi pulangan berlipat kali ganda.

“Kami juga terpaksa mengekalkan kawasan hutan simpan seluas 341,000 hektar yang sebahagian besarnya terletak di Ulu Muda kerana lokasi itu merupakan kawasan tadahan sumber air tidak hanya untuk rakyat negeri ini malah Pulau Pinang.

“Atas pengorbanan itu, saya berharap dapat terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa walaupun peruntukan khas itu tidak dinyatakan dalam belanjawan kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sanusi bagaimanapun berterima kasih di atas peruntukan RM20 juta yang diberikan kerajaan untuk negeri-negeri miskin termasuk Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here