Kerajaan Argentina bekukan harga lebih 1,000 barangan bagi bendung inflasi

0
31
Presiden Argentina, Alberto Fernandez.

BUENOS AIRES – Kerajaan Argentina membekukan harga lebih seribu barangan sehingga awal 2022 bagi membendung kenaikan inflasi.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh kerajaan pimpinan Presiden Alberto Fernandez, hari ini.

Dalam pengumuman itu, sebanyak 1,432 barangan yang diklasifikasikan sebagai barangan keperluan harian tidak akan mengalami sebarang kenaikan atau penurunan harga sehingga 7 Januari tahun hadapan.

Argentina kini sedang bergelut dengan gelombang kenaikan inflasi yang mencatat kadar 3.5 peratus pada September lalu, dengan kadar tahunannya melebihi 50 peratus yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, rancangan kerajaan itu menerima kritikan dewan industri makanan utama Argentina, COPAL, yang mengatakan tindakan itu ‘hanya menguntungkan sebelah pihak’.

COPAL mewakili kira-kira 14,500 syarikat pembuat makanan dan minuman.

“Tindakan ini menunjukkan kerajaan langsung tidak mempedulikan cadangan dari pihak industri.

“Pihak industri bukan punca kepada inflasi, tetapi turut terkesan akibatnya,” kata Presiden COPAL, Daniel Funes de Rioja dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here