Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda-PM

0
13
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sesi perjumpaan bersama perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

CYBERJAYA – Kerajaaan ingin memberi kuasa yang besar kepada anak muda untuk pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, sebab itu undi 18 menjadi taruhan dan ia membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa sendiri dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan. Turut serta bersama saya adalah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad.

“MPPK yang kini dianggotai 41 pemimpin pelajar yang mewakili 41 universiti seluruh negara bukanlah sekadar simbol kepada kesatuan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), malah memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dan kerajaan.

“Kerajaaan ingin memberi kuasa yang besar kepada anak muda kerana itulah kerajaan memberi taruhan kepada #UNDI18. Ini membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara,” katanya dalam hataran di laman Facebook semalam.

Menurut Ismail Sabri, beliau percaya, suatu hari nanti, ada di antara anak muda yang dijumpainya itu akan menjadi pemimpin besar negara. 

“Saya sendiri pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 1982/1983 di Universiti Malaya dahulu.

“Alhamdulillah, banyak input-input menarik yang telah saya terima hari ini, terutamanya yang diutarakan oleh Presiden MPPK,  Amir Asyraf sendiri. InsyaAllah, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada anak muda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here