Kerajaan tidak akan mewajibkan suntikan vaksin

0
220
Abdul Latiff Ahmad

CYBERJAYA – Kerajaan tidak boleh memaksa atau mewajibkan pengambilan vaksin kepada individu di negara ini yang enggan berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad walaupun ada negara lain yang melakukan pelaksanaan vaksinasi secara mandatori, Malaysia masih kekal untuk tidak melakukannya secara paksaaan.

“Di Singapura misalnya ada undang-undang yang mewajibkan peraturan itu tapi kita belum sampai ke tahap itu cuma ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mengenai usaha kerajaan menarik golongan bijak pandai dan agamawan yang berpengaruh, namun didakwa masih enggan menerima vaksin.

Bagaimanapun kata Abdul Latif, bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 yang lebih serius kepada pesakit, pihak berwajib mempunyai pelbagai kaedah dalam menggalakkan orang ramai menerima vaksin.

“Misalnya jika seseorang itu tidak divaksin dia tidak boleh menikmati kelonggaran seperti makan bersama keluarga di premis makanan.

“Dengan cara begini, lama kelamaan individu berkenaan tidak boleh ‘hidup’ tanpa menikmati kebebasan yang dirasai orang lain,” katanya.

Beliau berkata, dalam memperluaskan program vaksinasi, kerajaan masih tidak mengamalkan paksaan cuma berharap lama kelamaan golongan yang menolak vaksin akan menerimanya.

“Mereka perlu menyedari bahawa lambat laun mereka turut terdedah kepada jangkitan yang jika tidal dilindungi vaksin memberikan risiko yang amat tingg,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here