Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan LRA SSP1 dijangka siap malam ini

0
17
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berada pada tahap 83.9 peratus dan mengikut jadual setakat pukul 5 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal itu dijangka siap sepenuhnya pada pukul 11 malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat setelah sistem bekalan air telah distabilkan, dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam, 16 Oktober ini.

“Buat masa ini, pihak Air Selangor telah menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian,” katanya.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau mengajukan sebarang pertanyaan dan aduan di Pusat Bantuan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here