Kes Covid-19 terus turun, hanya 7,373 kes hari ini

0
43
Covid-19

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 7,373 kes hari ini, berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7,240 kes berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.

“Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, terdapat lapan kluster baharu dikesan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan lima dalam kalangan komuniti manakala masing-masing satu kluster di tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif, 810 kluster.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 10,595 kes sembuh yang menjadikan jumlah pesakit pulih sepenuhnya, 2,195,669 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here