Kes menurun, sebanyak 6,709 jangkitan baharu dilaporkan hari ini

0
57
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan apabila sebanyak 6,709 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes terkumpul di Malaysia ialah 2,346,303 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran Facebooknya hari ini.

Untuk rekod, bermula hari ini rakyat negara ini yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk melakukan aktiviti rentas negeri.

sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kes kembali meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here