Kontrak CEO LHDN ditamatkan

0
67
Datuk Seri Dr Sabin Samitah

CYBERJAYA – Kontrak perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Dr Sabin Samitah dipendekkan berkuatkuasa esok.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, keputusan itu telah dipersetujui oleh kerajaan.

“Pemendekkan kontrak perkhidmatan ini juga telah dipersetujui oleh beliau bagi membolehkan beliau menceburi bidang lain yang bersesuaian dengan minat beliau,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, LHDN turut merakamkan penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN.

Minggu lalu tersebar khabar angin mengenai peletakan jawatan Sabin yang telah memegang jawatan itu sejak 2016.

Kontroversi melibatkan LHDN mula tercetus selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan terdapat campur tangan politik sehingga menyebabkan dirinya dikenakan cukai tidak masuk akal.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh Najib berhubung isu berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here