Korea Utara berjaya lancar ujian SLBM baharu

0
30
Visual KCNA memaparkan detik-detik ujian pelancaran peluru berpandu itu.

SEOUL – Korea Utara mengesahkan pihak tenteranya berjaya melancar sebuah peluru berpandu balistik baharu daripada kapal selamnya.

Menurut Reuters, perkara itu disahkan oleh agensi media kebangsaan negara itu, KCNA, hari ini.

Peluru berpandu itu dilancarkan di kawasan lautan berhampiran Sinpo kelmarin, lokasi dermaga penyimpanan kapal selam Korea Utara dan kelengkapan ujian peluru berpandunya.

Visual KCNA menunjukkan, pelancaran sebuah peluru berpandu balistik daripada kapal selam (SLBM) yang lebih kecil daripada model yang sebelumnya.

Menurut pakar pertahanan, rekaan SLBM yang lebih kecil memungkinkan kapal selam membawa lebih banyak peluru berpandu daripada model terdahulu yang lebih besar.

“SLBM itu berkemungkinan daripada model KN-23 yang dipertingkatkan,” kata bekas anggota tentera laut Korea Selatan, Kim Dong-yup yang kini mengajar di Univerisit Kyungnam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here