KPDENHEP berpuas hati harga jualan kit kendiri

0
18
Rosol Wahid

CYBERJAYA – Berpuashati dengan tawaran harga kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berpendapat kerajaan tidak perlu menentukan harga kawalan produk tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, sebaliknya kerajaan menyerahkan harga bagi kit tersebut ditentukan oleh harga pasaran bebas kerana ada yang dijual pada harga bawah RM10 seunit.

“Hari ini, harga jualannya hampir RM20 tetapi kita mendapat keyakinan daripada pengeluar, mereka meyakinkan kita apabila ada sesetengahnya akan menjual bawah RM10.

“Ini yang kita nantikan. Jadi saya rasa pihak kementerian tak perlu menentukan harga maksimum atau harga minimum untuk kit ujian kendiri ini. Kita biarkan pasaran bebas menentukan harga tersebut,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Rosol berkata, penjualan kit ujian kendiri itu juga akan diperluaskan di pusat beli-belah, kedai serbaneka dan stesen minyak dalam masa terdekat.

Penjualan secara lebih meluas itu katanya akan menggalakkan persaingan yang lebih sihat dan memberi kebaikan kepada pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here