Lakukan ujian saringan Covid-19 sebelum balik kampung jumpa ini bapa-KJ

0
99
Paparan di laman Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA- Individu yang tinggal di kawasan berisiko tinggi dan terdedah jangkitan Covid-19 digalakkan menjalani ujian kendiri secara berkala.

Itu peringatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada orang ramai sebagai persediaan sebelum kelonggaran untuk rentas negeri diumumkan.

“Sementara @KKMPutrajaya telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala.

“Jika anda mahu balik kampung dan berjumpa ibu bapa, lakukanlah ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag),” ciapnya di Twitter hari ini.

Ketika ini, kira-kira 1.6 peratus lagi diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus dan selepas itu pergerakan rentas negeri akan dibenarkan.

Pada masa sama, Khairy berkata, kerajaan tidak boleh lagi memantau semua perkara seperti melakukan sekatan jalan raya bagi memeriksa sama ada seseorang telah lengkap divaksinasi.

Katanya, ia kini terletak pada tanggungjawab dan tingkah laku individu.

“Saya percaya kita boleh mendepani cabaran ini,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here