Laungan azan setiap Jumaat di Cologne, Jerman

0
134
Masjid terbesar di Cologne, Masjid Jamek Cologne.

BERLIN – Kesemua 35 buah masjid di bandar Cologne, Jerman termasuk Masjid Jamek di bandar itu dibenarkan melaungkan azan bagi menandakan masuk waktu solat Zohor pada setiap hari Jumaat.

Kebenaran itu diumumkan oleh Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker, hari ini, kata Reuters.

“Kebenaran ini, bagi saya, merupakan salah satu tanda hormat (pada penduduk beragama Islam).

“Ini kerana, ramai penduduk Cologne beragama Islam,” kata Reker di akaun Twitternya.

Beliau menjelaskan, kebenaran ini merupakan isyarat bahawa bandar itu meraikan kepelbagaian agama para penduduknya.

Kebenaran itu dilaksanakan dibawah satu inisiatif selama dua tahun, dan perlu memenuhi syarat iaitu pihak masjid perlu mematuhi had bunyi pada pembesar suaranya, dan memaklumkan pada penduduk sekeliling sebelum azan dilaungkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here