Lebih 20 maut dalam gempa di barat daya Pakistan

0
10
Kediaman penduduk yang runtuh dalam kejadian gempa bumi di Quetta, awal pagi tadi.

QUETTA – Sekurang-kurangnya 20 maut dalam kejadian gempa bumi kuat yang meruntuhkan sebuah lombong arang batu dan rumah-rumah yang dibina dari batu-bata lumpur di daerah Harnai, barat daya Pakistan awal pagi tadi.

Pihak berkuasa negara itu melaporkan, angka korban dan mereka yang cedera dijangka meningkat selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa selesai.

Sebahagian besar daripada mangsa terkorban dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu adalah wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Pesuruhjaya pihak berkuasa, Suhail Anwar Shahreen berkata, sekurang-kurangnya empat maut di lombong arang batu dengan lebih ramai mangsa dijangka ditemui.

Kejadian berlaku ketika para pelombong baharu sahaja memulakan kerja di lombong berkenaan.

Katanya, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter itu turut meruntuhkan lebih 100 buah rumah menyebabkan ratusan penduduk tertimbus.

Menurut kajian geologi Amerika Syarikat, gempa bumi di wilayah Baluchistan itu berlaku kira-kira 20 kilometer di bawah tanah.

Pada tahun 1935, gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter membunuh antara 30,000 hjingga 60,000 nyawa dan memusnahkan keseluruhan bandar itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here