Lelaki berketurunan Somalia didakwa bunuh Ahli Parlimen UK

0
59
ALI HARBI ALI

LONDON – Seorang lelaki hari ini didakwa di mahkamah kerana membunuh Ahli Parlimen United Kingdom (UK), David Ames.

Menurut The Guardian, Ali Harbi Ali yang berketurunan Somalia dikenakan pertuduhan membunuh Ames pada 15 Oktober lalu.

Ali,25, turut dikenakan pertuduhan dibawah Akta Keganasan, kerana ‘jenayah ini mempunyai pertalian dengan keganasan dari aspek keagamaan dan ideologi’.

Siasatan kes ini dikendalikan oleh Bahagian Anti-Keganasan Scotland Yard.

Ames,69, merupakan Ahli Parlimen bagi Southend West, ditikam bertubi-tubi oleh penyerangnya ketika dalam program bertemu pengundi di sebuah gereja di bandar Leigh-On-Sea.

Mendiang meninggal dunia ketika pembedahan dilakukan ke atasnya di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here