Lelaki positif Covid-19 meninggal seorang diri di rumah

0
191
mayat jenazah mati body dead
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Seorang penjawat awam yang sedang menjalani kuarantin kerana jangkitan Covid-19 ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Seri Setia, di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 47 tahun yang masih bujang dan tinggal bersendirian itu ditemui terbaring dalam kediamannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.58 malam daripada rakan mangsa yang meminta bantuan selepas laki terbabit gagal dihubungi beberapa kali.

“Rakannya bimbang sesuatu terjadi kerana mangsa ketika itu sedang menjalani kuarantin seorang diri di rumah akibat positif Covid-19.

“Anggota bertugas yang membuat rondaan mendapati pintu dan tingkap rumah mangsa dalam keadaan berkunci, namun dengan bantuan anggota bomba, pintu rumah itu berjaya dibuka.

“Mangsa kemudian dijumpai terbaring dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya memetik laporan Awani hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan dan punca kematian telah disahkan adalah disebabkan Covid-19.

Berdasarkan keterangan saksi, katanya, mangsa disahkan positif Covid-19 pada 28 September lepas.

“Pemeriksaan di rumah mendapati tiada kesan-kesan pencerobohan berlaku dan fizikal mangsa juga tidak mempunyai unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut disebabkan Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here