Lelaki tampar gabernor kerana berang isteri divaksinasi doktor lelaki

0
438
JENERAL ABEDIN KHORRAM

DUBAI – Seorang lelaki dilaporkan menampar muka Gabernor Azerbaijan Timur, Iran ketika majlis pelantikannya, semalam.

Menurut agensi AP, lelaki itu difahamkan berbuat demikian kerana marah isterinya divaksinasi oleh seorang doktor lelaki.

Kejadian berlaku ketika Jeneral Abedin Khorram baharu memulakan ucapan pada majlis pelantikannya.

Tangkap layar video kejadian ketika lelaki itu menampar muka Jeneral Abedin.

Menurut agensi IRNA, lelaki itu dikenal pasti sebagai anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dari Briged Ashoura, dan serangan itu bermotifkan peribadi.

“Sya tidak kenal lelaki itu tetapi kamu semua perlu tahu bahawa ketika di Syria, saya pernah dipukul dan disebat sebanyak 10 kali setiap hari.

“Lebih dari 10 kali juga, mereka mengacukan senjata ke kepala saya. Saya anggap lelaki itu (yang menampar saya) sama seperti mereka (yang menyeksa saya), tetapi saya maafkan dia,” kata Jeneral Abedin selepas kejadian itu.

Untuk rekod, Jeneral Abedin pernah ditahan pasukan pemberontak Syria pada 2013.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here