LHDNM anjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan 2021 secara dalam talian

0
162

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2021 secara dalam talian mulai 9 hingga 16 November ini.

Seminar itu bertujuan untuk memberikan maklumat terkini dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Belanjawan 2022.

Para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan LHDNM akan memberikan input bermanfaat dalam mengupas topik berkenaan Cadangan Bajet 2022 dan Percukaian e-Dagang di Malaysia.

Kata LHDNM dalam satu kenyataan hari ini, seminar itu akan dianjurkan dalam 3 sesi iaitu:

Sesi 1 – 9 November
Sesi 2 – 11 November
Sesi 3 – 16 November.

Individu atau syarikat yang berminat, boleh mendaftarkan diri secara dalam talian mulai 18 Oktober hingga 16 November melalui pautan ini.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM bagi mendapatkan informasi selanjutnya,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here