Lima Rice ATM mula beroperasi di Malaysia

0
90
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (dua dari kanan) melihat Rice Atm semasa Majlis Penyerahan Rice ATM antara syarikat PHGLock Vietnam dengan Kerajaan Malaysia di Rumah Prihatin@Grand Season.

KUALA LUMPUR- Sebanyak lima mesin agihan beras berkonsepkan mesin automatik (Rice ATM Machine) akan mula beroperasi di negara ini untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Kemudahan itu disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Vietnam, syarikat PHGLock Vietnam dan Sekretariat Food Bank Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Rice ATM antara syarikat PHGLock Vietnam dengan Kerajaan Malaysia di Rumah Prihatin@Grand Season.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, lima mesin berkenaan telah diserahkan kepada Sekretariat Food Bank Malaysia selaku pihak yang bertangungjawab mengendalikan operasinya di Malaysia.

Beliau berkata, mesin yang berkonsepkan Automatic Teller Machine (ATM) itu dihasilkan oleh syarikat PHGLock Vietnam dan berkapasiti 500 kilogram serta hanya memerlukan tenaga kerja yang minimum untuk memantau pengoperasiannya.

“Atas semangat #KeluargaMalaysia pemilik syarikat yang juga merupakan rakyat Malaysia berasal dari Johor telah menyatakan hasrat kepada Pejabat MATRADE di Vietnam untuk membuat Rice ATM kepada kerajaan Malaysia.

Pengguna perlu menunjukkan kad pengenalan untuk diakses sebelum mendapatkan beras di mesin Rice ATM di Rumah Prihatin@Grand Season.

“Lanjutan berterusan perbincangan bersama pihak syarikat, FAMA telah menyelaras urusan logistik untuk membawa masuk lima unit Rice ATM ke Malaysia.

“Sekretariat Food Bank Malaysia juga telah diberi mandat untuk mengoperasikan RICE ATM di lokasi terpilih antaranya di Kuala Lumpur, Johor dan Perak yang mereka telahpun menggunakan program CSR dalam bentuk agihan makanan di Malaysia.

“Mesin yang disumbangkan ini akan membantu melancarkan aktiviti agihan beras dengan lebih cekap dan efektif. Prosesnya juga mudah, hanya sekejap sahaja. Setiap penerima akan mendapat dua hingga tiga kilogram beras mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

Terdahulu Haslina menyempurnakan majlis penyerahan lima mesin berkenaan kepada Sekretariat Food Bank Malaysia selain turut menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada golongan asnaf yang berdaftar dengan Rumah Prihatin @ Grand Seasons (Rumah Prihatin), Kuala Lumpur.

Hadir sama Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli dan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Urusan) FAMA, Datuk Abdul Ghariff Ramin.

Sumbangan bahan makan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan lain-lain makanan adalah kesinambungan program MAFI Prihatin dengan kerjasama NGO di Sekretariat Food Bank Malaysia dan Rumah Prihatin.

Kakitangan FAMA menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada penerima di Rumah Prihatin@Grand Season.

Rumah Prihatin merupakan pusat derma bakti berunsur hotel kebajikan yang pertama di Malaysia dan menyediakan enam inisiatif Wilayah Prihatin seperti perkhidmatan Bilik Penginapan Prihatin, Jejak Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Food Bank Prihatin, Toybank Prihatin dan Dapur Prihatin.

Untuk rekod, secara keseluruhan, sejak Januari hingga September yang lalu, seramai 117,033 orang penerima telah direkodkan melalui Program MAFI Prihatin di lebih 500 lokasi seluruh negara 10 buah jabatan dan agensi di bawah MAFI.

Manakala sehingga 9 Oktober 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sabaja telah memberi manfaat kepada 38,874 orang di 206 lokasi di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan 84.61 metrik tan makanan telah disalurkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here