Malakat Grocer akan diperluas ke Turki bersama Brainy Bunch dan Tea Amo

0
279
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Presiden dan juga pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

ISTANBUL – Selain Brainy Bunch dan Tea Amo, satu lagi jenama milik Kumpulan Malakat Eco yang bakal bertapak di Turki adalah Malakat Grocer.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, jenama itu akan menjadi jenama ketiga yang akan diperluaskan ke negara itu sebagai langkah untuk meneroka pasaran global di Eropah.

Beliau yang mensasarkan pembukaan rangkaian pasar raya berkenaan dalam tempoh enam bulan lagi berkata, melalui pembukaan Malakat Grocer di Turki, pihaknya akan mewujudkan ‘pertukaran’ produk antara Malaysia dengan Turki.

“Kita akan bawa masuk produk-produk tempatan ke Turki dan membawa masuk produk Turki ke negara kita melalui Malakat Grocer.

“Ini antara usaha dan rancangan yang sedang diusahakan untuk menyediakan platform kepada usahawan kita memasuki pasaran Eropah,” kata beliau menerusi pertemuan secara maya bersama kakitangan Kumpulan Malakat dan Brainy Bunch malam tadi.

Rangkaian pasar raya Malakat Grocer milik Kumpulan Malakat Eco yang diwujudkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Islam.

Mohd. Fadzil yang kini berada di Istanbul berkata, selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia, pelebaran perniagaan ke Turki juga diharap akan membuka peluang kepada generasi muda di negara itu memiliki perniagaan sendiri.

“Kita bukan sekadar mahu bukan mart, tapi mahu beri manfaat kepada ummah. Seperti mana-mana bandar besar, saya lihat di sini perniagaan juga dimonopoli oleh mereka yang kaya.

“Kita akan cuba usahakan supaya Malakat Grocer dapat dimiliki oleh penduduk di sini,” katanya.

Dalam pengumuman yang sama, Mohd. Fadzil memaklumkan akan membuka outlet kiosk minuman tea boba jenama Tea Amo dan pejabat operasi Brainy Bunch di Istanbul dalam masa terdekat.

Katanya, pembukaan ibu pejabat global Brainy Bunch itu merupakan sebahagian daripada pelan dan wawasan tadika montessori Islam itu untuk dikembangkan ke seluruh dunia.

“Saya melihat peluang dan potensi yang amat besar di Turki ini dengan 84 juta penduduk, 7 juta orang asing dan lebih 40 juta pelancong.

“Brainy Bunch dan Tea Amo akan menjadi pilot projek dan saya sudah minta pasukan kita di Malaysia bersedia untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk tahun depan kita akan bawa minimum 30 orang guru Brainy Bunch untuk lawatan sambil belajar di Turki untuk kenal dengan lebih dekat sistem pendidikan di sini,” katanya.

brainy-bunch-building
Jenama tadika montessori Islam, Brainy Bunch yang akan dipromosikan Coach Fadzil dalam World Halal Malaysia Expo di Turkipada 25 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here