Malaysia layak ke Piala Asia B-23

0
62
Kesebelasan utama skuad negara menentang Thailand hari ini

KUALA LUMPUR – Skuad negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.

Malaysia layak selepas skuad bimbingan Brad Maloney muncul juara Kumpulan J selepas menamatkan aksi terakhir kelayakan.

Pada aksi terakhir kumpulan hari ini, skuad negara mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Thailand.

Dengan satu mata itu, Malaysia berjaya menghimpun tujuh mata selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan yang diharungi sepanjang kempen kelayakan di Mongolia.

Pada aksi menentang Thailand, permainan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak untuk mencatatkan jaringan.

Malaysia berjaya mencipta beberapa peluang pada babak pertama namun, berkaya dipatahkan barisan pertahanan Thailand.

Bersambung babak kedua, Thailand dilihat lebih garang dengan beberapa kali melancaran gerakan namun dengan tenant berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara.

Thailand juga bernasib baik apabila tandukan Harith Haiqal bermula daripada sepakan sudut pada minit ke-62 sekadar menggegar palang.

Baki 10 minit menyaksikan penuh debaran apabila skuad Thailand berterusan mengasak kubu negara bagi memburu gol yang amat diperlukan namun kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here