Malaysia tandatangani surat akujanji pembelian molnupiravir

0
80
KHAIRY JAMALUDDIN

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini telah menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) dengan Merck Sharpe & Dohme bagi memperoleh ubat antiviral molnupiravir.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan sebentar tadi, kerajaan bercadang mendapatkan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) Covid-19.

“Keputusan itu dibuat sebagai persediaan kita memulakan peralihan ke fasa endemik untuk hidup dengan Covid-19 dwngan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’…” kata Khairy dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, kajian menunjukkan molnupiravir mampu mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 50 peratus, dan berkesan terhadap varian Covid-19 yang lebih ganas seperti Delta, Gamma dan Mu.

“Bagaimanapun, ingin saya nyatakan, walaupun molnupiravir berkesan, ia bukan bermakna vaksin tidak diperlukan lagi kerana fungsi vaksin adalah untuk mengurangkan jangkitan dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk,” tambah Khairy lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here