Maritim Malaysia Pulau Pinang selamatkan krew kapal warga Turki

0
223
Krew kapal warga Turki yang berjaya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang selepas tidak sedarkan diri.

GEORGETOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan seorang krew kapal warga Turki yang tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang, di sini.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh salah seorang krew kapal Kiran Australia pada pukul 5.20 petang semalam.

“Maritim Malaysia menerima panggilan kecemasan daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Ankara, Turki berhubung seorang kru kapal KIRAN AUSTRALIA yang tidak sedarkan diri ketika kapal dalam perjalananan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang.

“Bertindak kepada panggilan itu, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi di sekitar 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi menggunakan bot Perkasa 1221 untuk memindahkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa, Dogan Serafettin,60, berjaya dipindahkan ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Usaha pencarian masih diteruskan oleh Maritim Malaysia.

Sementara itu dalam kejadian berasingan pagi tadi, Maritim Malaysia Pulau Pinang menggerakkan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ow Chia Ling, 20, dipercayai terjun di Kilometer 12.6 arah Batu Kawan ke Batu Maung pada pukul 2.40 pagi tadi.

Mangsa meninggalkan sebuah motosikal dan barang-barang peribadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here