Masanya semakin dekat untuk rakyat dibenarkan rentas negeri

0
107
Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Nampaknya masa semakin hampir untuk rakyat negara ini dibenarkan merentas negeri setelah dilarang berbuat demikian sekian lama.

Ini selepas kadar vaksinasi individu dewasa ketika ini telah mencecag 88 peratus atau 20,603,249 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.4 peratus atau lebih 22,098,764 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 221,812 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 18,813 diikuti Perak (17,295), Sabah (13,559), Kedah (11,372) Pulau Pinang (6,973), Kelantan (5,812) dan Pahang (5,026).

Sebelum ini, kerajaan menetapkan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here