MEDAC : 24 syarikat peneraju sertai PPV bimbing syarikat vendor

0
18
Tan Sri Noh Omar bersama wakil syarikat peneraju di Hotel Everly Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Sehingga kini, sebanyak 24 syarikat pemaju yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan bagi melaksanakan Program Pembangunan Vendor (PPV).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, di bawah syarikat peneraju ini, sebanyak 1,200 syarikat vendor bumiputera didaftarkan dan berpeluang untuk menikmati pebagai inisiatif.

“Sebelum ini kita ada 18 syarikat peneraju dan hari ini sebanyak enam lagi  syarikat menandatangani perjanjian sekaligus menjadikan sebanyak 24 syarikat kesemuanya bekerjasama dengan kerajaan.

“Dibawah enam syarikat baharu ini kita menyasarkan sebanyak 120 syarikat vendor didaftarkan bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Enam syarikat peneraju tersebut ialah Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Aerodyne Group Sdn Bhd, Sime Darby Berhad, UEM Sunrise Berhad dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA),” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pertukaran MoU pelaksanaan PPV hari ini.

Menurut Noh, PPV di bawah kementeriannya merangkumi dua program utama iaitu Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV) dan Geran Inovasi dan Pengkormesialan Vendor (GIPV).

“Ia bertujuan untuk memperkasakan kapasiti dan keupayaan syarikat vendor dalam membekalkan produk serta perkhidmatan bermutu tinggi,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 951 syarikat vendor telah menerima bimbingan dan latihan PPKV, manakala 39 syarikat vendor menerima GIPV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here