Melaka: Keahlian UMNO Idris Haron dan Nor Azman gugur secara automatik

0
74
Datuk Seri Ahmad Maslan

MASJID TANAH – Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan parti itu.

Ahmad yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata, surat perlucutan keahlian bertarikh 5 Oktober akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat terbabit seawal-awalnya hari ini.

“Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno menyatakan, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas Dun (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi jika kedua-dua fasal ini dibaca bersama, maka Nor Azman dan Idris tergugur dengan sendirinya sebagai ahli UMNO bermula pada semalam,” katanya selepas menghadiri pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik Umno bahagian dalam Melaka di Kampung Pulau malam tadi.

Terdahulu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang dan Nor Azman (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama dua lagi Adun Bebas dan Bersatu pada Isnin lalu.Tindakan empat ADUN berkenaan mengakibatkan pembubaran DUN Melaka yang diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here