Melbourne: Dua cedera dalam serangan di pusat beli belah

0
46
Penyerang bersenjatakan pisau itu berjaya ditahan pihak polis.

MELBOURNE – Dua lelaki dilaporkan cedera akibat ditikam dalam satu kejadian serangan di pusat beli belah Barkly di Brunswick, pagi tadi.

Menurut portal The Guardian, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil.

Saksi kejadian memberitahu, mereka terdengar jeritan orang ramai yang memberitahu, terdapat individu bersenjatakan pisau sedang berkeliaran di dalam pusat beli belah itu.

“Pada mulanya, kami hanya mendengar jeritan.

“Kemudian, kami terdengar seseorang melaungkan amaran supaya menyembunyikan diri kerana ada individu bersenjatakan pisau,” kata pekerja kedai daging Meatwell, Jess.

Dia menambah, dia dan rakan-rakan sekerjanya yang lain segera mengunci pintu kedai mereka dan bersembunyi, sehingga ketibaan pihak polis.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan mereka berjaya menahan seorang lelaki disyaki suspek utama kejadian itu.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai motif serangan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here