Minat dalami bidang agama, KIS ‘tunjuk jalan’ masuk IPT yang tepat

0
88
Program Motivasi RARE yang dianjurkan oleh KIS esok akan memberi maklumat kepada pelajar lepasan SPM mengenai IPT yang tepat untuk melanjutkan pengajian Islam.

KUALA LUMPUR – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tingkatan 5 aliran agama berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program pengajian agama menerusi satu program motivasi yang dianjurkan oleh Kolej Islam As Sofa (KIS), esok.

Menurut KIS dalam satu kenyataan, Program Motivasi Virtual RARE (Remaja Awesome, Rahsia Excellent), Selangkah ke Alam IPT itu juga akan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan mengenai kehidupan sebagai mahasiswa.

Katanya, lebih menarik apabila program berkenaan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif KIS, Mohd Sufi Ibrahim dan empat lagi tenaga pengajar bagi memberi tunjuk ajar.

Kolej Islam As Sofa

“Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi dan membuka minda pelajar tentang hala tuju pembelajaran ke peringkat IPT terutama dalam bidang pengajian Islam.

“Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat dan peluang-peluang pembelajaran yang disediakan oleh pihak KIS.

“KIS terpanggil untuk menganjurkan program berunsurkan motivasi ini kepada pelajar khususnya untuk lepasan SPM atas dasar tanggungjawab dalam sektor pendidikan untuk memberi didikan yang tepat dan pendedahan kepada pelajar untuk memilih bidang pengajian Islam,” katanya kepada Malakat Tribune.

Mengulas lanjut, katanya, penyertaan program motivasi itu disediakan secara percuma dan akan berlangsung melalui aplikasi Zoom bermula 10 pagi.

Katanya, program tersebut terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan juga buat pelajar tingkatan 5 yang mencari sumber maklumat dan informasi tentang hala tuju pembelajaran ke peringkat IPT terutamanya untuk menyambung pengajian terutama dalam bidang agama.

“Pelbagai topik menarik yang bakal dikupas dan disajikan buat para pelajar yang menyertai dan bagi yang mendaftar, mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah komputer riba yang disediakan oleh pihak KIS.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2021. Untuk pendaftaran, boleh hubungi hotline KIS di talian 01135668051,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here