MOTAC bersiap sedia terima pelancong luar

0
31
Nancy Shukri

CYBERJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan untuk menerima semula kemasukan pelancong dari luar negara termasuk dari Asia Barat ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aspek kemudahsampaian pelancong luar ke negara ini sentiasa diberi perhatian terutama dalam persekitaran
selamat dari Covid-19.

Katanya, sementara menungga pembukaan semula sempadan antarabangsa, MOTAC telah bersiap sedia untuk menentukan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi merancakkan semula sektor pelancongan negara.

“Pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan per kapita, selain mencatatkan purata tempoh penginapan lebih panjang di negara ini berbanding pelancong dari pasaran lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu susulan pertemuan Nancy bersama wakil pengurusan dan agensi jualan empat syarikat penerbangan antarabangsa di Asia Barat dalam usaha menjalinkan kerjasama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Empat syarikat itu ialah Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Air Arabia dan Emirates Airlines.

Sementara itu, antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu adalah strategi dan perancangan mempromosi Malaysia bagi menarik pelancong antarabangsa dari pasaran lain seperti Eropah, Amerika dan Afrika melalui jaringan rangkaian syarikat penerbangan masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here