Mukhairi galas tangungjawab sebagai kapten skuad bawah 22 tahun Malaysia

0
23


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memakaikan lilitan kapten kepada Mukhairi semalam

CYBERJAYA- Bersesuaian dengan karakternya, pemain Selangor, Mukhairi Ajmal diangkat sebagai kapten skuad bawah 22 tahun (B-22) bagi aksi kelayakan Piala Asia B-23 di, Mongolia.

Perkara itu disahkan semasa skuad kendalian Brad Maloney bertemu dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

“Hamidin mengadakan pertemuan dengan barisan pemain dan pegawai skuad B-22 sebelum mereka berlepas ke Mongolia (semalam) bagi menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 bermula 25 hingga 31 Oktober.

“Selain memberikan amanat dan kata-kata semangat, Hamidin turut menyarungkan lilitan lengan kapten kepada Mukhairi manakala dua pemain pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ahmad Zikri Mohd. Khalili dinamakan sebagai penolong,” kata FAM di laman Facebooknya.

Mukhairi yang baru berusia 20 tahun dianggap sebagai salah seorang pemain muda berbakat besar dan telah membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya pada aksi bertemu Jordan dan Uzbekistan awal bulan ini.

Skuad negara dijadualkan menentang Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand (31 Oktober) bagi merebut slot automatik ke kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here