Najib mahu SPRM dapatkan nama pegawai kerajaan, 1MDB terima sogokan dari Goldman Sachs

0
337

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat laporan supaya tindakan diambil terhadap individu dalam kerajaan dan 1MDB yang menerima sogokan daripada bekas pegawai tertinggi Goldman Sachs.

Kata Najib dalam satu kenyataan, beliau membuat laporan terhadap bekas pengerusi Goldman Sachs wilayah Asia Tenggara, Tim Leissner supaya pihak berkuasa boleh menyoal siasat atau mengekstradisi bekas pegawai tertinggi firma itu.

Sebelum ini, Leissner dilaporkan mengaku salah menyogok beberapa individu yang nama mereka tidak didedah secara umum, di mahkamah New York.

Para individu yang menerima rasuah berkenaan tidak dinamakan, namun dilapor sebagai berprofil tinggi, dan terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.

Susulan itu, Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta gantirugi sehingga RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

“Pada awal tahun ini, peguam saya berjaya memenangi kes di Amerika Syarikat untuk mendapat senarai nama dalam pengakuran Tim Leissner yang telah disogok beliau.

“Namun, kerajaan Amerika Syarikat melalui DOJ telah membantah keputusan mahkamah Amerika Syarikat dan telah menghalang nama-nama tersebut didedahkan,” kata Najib dalam kenyataan itu.

Najib kemudiannya menambah, seorang peguam dari syarikat guaman terkenal Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa senarai nama tersebut adalah bukti “exculpatory” atau “exculpatory evidence” yang boleh membersihkan nama beliau sebagai terlibat dalam penipuan 1MDB.

“Sebab itu, saya dinasihat dan terpanggil untuk membuat laporan SPRM hari ini terhadap Tim Leissner supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal, membawa balik beliau atau meminta senarai nama dari DOJ agar nama-nama ini didedahkan secara umum dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil” kata Najib lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here