New Zealand wajibkan petugas sektor kesihatan, pendidikan lengkap divaksinasi menjelang Januari 2022

0
4
GAMBAR HIASAN

AUCKLAND – New Zealand hari ini mewajibkan semua petugas sektor kesihatan dan pendidikan divaksinasi selewat-lewatnya pada Januari 2022.

Menurut al-Jazeera, golongan doktor, ahli farmasi, jururawat masyarakat dan petugas kesihatan lain perlu lengkap divaksin menjelang Disember.

Para guru dan petugas sektor pendidikan pula, perlu melengkapi vaksinasi mereka menjelang Januari 2022.

“Kita jadikan perkara ini (vaksinasi) sebagai mandatori kerana kita tidak boleh mengambil risiko,” kata Menteri Pendidikan, Chris Hipkins.

Hipkins juga merupakan menteri yang dipertanggung jawabkan dalam hal berkaitan Covid-19 dalam negara itu.

“Keputusan ini bukannya mudah.

“Kita perlu mewajibkan golongan yang banyak bergaul dengan ahli komuniti yang mudah terdedah kepada pandemik itu supaya lengkap divaksinasi,” kata Hipkins.

Setakat ini, arahan itu disambut baik oleh kesatuan yang mewakili golongan pekerja sektor itu.

“Memandangkan penularan Covid-19, terutamanya varian Delta yang amat sukar dibendung, arahan ini merupakan keputusan yang perlu dibuat pada masa ini,” kata presiden Kolej Diraja Pengamal Perubatan New Zealand, Dr. Samantha Murton.

Ketika ini, kira-kira 57 peratus daripada 5.84 juta penduduk New Zealand sudah divaksinasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here