Nikmati produk daging perap bakar Casa de Madani di rumah

0
55
Chef Azizan bersama produk daging perap keluaran Casa de Madani.

CYBERJAYA – Peminat hidangan ayam dan kambing bakar kini boleh mendapatkan produk Kambing Perap Menangis dan Marinated Grilled Chicken Chop keluaran restoran fine-dining Muslim pertama, Casa de Madani.

Menurut Pengarah Kulinari Malakat Food Sdn. Bhd., Chef Mohd. Azizan Shukri, kedua-dua produk daging perap ini dihasilkan menggunakan ramuan istimewa yang dibangunkan sendiri oleh kumpulan chef anak tempatan yang merupakan tulang belakang kepada Casa de Madani.

“Kesemua bahan yang digunakan merupakan rempah ratus asli yang diadun secukup rasa bagi membangkitkan rasa yang enak.

“Resipi yang kami gunakan ini juga langsung tidak mengandungi sebarang bahan pengawet tambahan, kerana kami mahukan pelanggan kami menikmati sajian asli yang terbaik,” kata Chef Azizan hari ini.

Tambah beliau, daging kambing yang digunakan dalam hidangan ini merupakan daging di bahagian bahu (shoulder) yang lebih enak dan lembut.

“Bagi kami, kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Jadi, sudah tentu kami hanya menggunakan bahan dan bahagian daging terbaik supaya kami dapat memenuhi kehendak mereka,” kata Chef Azizan lagi.

Pada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh menghubungi nombor ini untuk maklumat lanjut.

Kambing Bakar Menangis ini dijual pada harga RM35 bagi setiap pek 500 gram (g), manakala Marinated Grilled Chicken Chop pula berharga RM25 bagi setiap pek 500g.

Kedua-dua produk ini turut turut disertakan dengan sos lada hitam istimewa seberat 150g secara percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here