Noriba buka peluang untuk penjawat keluar daripada riba

0
372
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim (kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Noriba dan CoShare di Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Penjawat awam berpeluang untuk keluar atau bebas daripada ‘cekaman’ riba dengan menyertai Noriba Personal Financing yang dicetuskan Kumpulan Malakat Eco.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, Noriba Personal Financing untuk penjawat awam itu akan dijayakan bersama dengan CoShare Holdings Berhad.

Mohd Fadzil berkata, dalam menghapuskan riba, pihaknya bersama CoShare akan memainkan peranan menawarkan pembiayaan kepada penjawat awam secara mudah.

“Kita akan selesaikan hutang yang dimiliki penjawat awam sertai program ini melalui pembiayaan mudah, kita kumpul segala hutang lama dan selesaikan, mereka hanya fokus bayar kepada Noriba sahaja.

“Maksimum pembiayaan ialah sehingga RM200,000, kaedah pembayaran kepada Noriba pulanialah dengan pemotongan gaji melalui CoShare.

“Tempoh pembiayaan pula sehingga 10 tahun, itu pilihan pertama. Pilihan kedua ialah juga tawarkan kepada penjawat awam yang ada masalah tertentu seperti senarai hitam, AKPK, CTOS dan CCRIS,” katanya.

Terdahulu hari ini telah berlangsung majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara Noriba IO Asia Berhad dan juga CoShare Holding Berhad di Malakat Mall, Cyberjaya.

Noriba turut menandatangani perjanjian bersama Brainy Bunch hari ini

Selain kerjasama itu, Noriba IO Asia Berhad pada hari ini turut menjalinkan kerjasama dengan Brainy Bunch Sdn Bhd untuk menawarkan pembiayaan pendidikan di institusi pendidikan Islam itu.

Menurut Mohd Fadzil, kerjasama dengan Brainy Bunch melalui Noriba Education Financing itu ialah untuk membantu penjawat awam yang mencari institusi pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Katanya, penjawat awam boleh membuat permohonan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak secara percuma sehingga RM30,000 juga melalui CoShare Holdings Berhad.

“Penjawat awam cuma ambil pembiayaan dengan CoShare tetapi bayaran Brainy Bunch yang akan bayar. Jadi hantar anak-anak ke Brainy Bunch tanpa bayar apa-apa sebenarnya, kami pastikan pulangan seratus peratus.

“Tawaran ini terbuka untuk 10,000 yang terawal sahaja dan ibu bapa sedia ada di Brainy Bunch juga boleh memohon untuk program ini dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November depan.

“Untuk ibu bapa Brainy Bunch yang dalam sektor swasta tidak perlu bimbamh kerana kami tidak akan melupakan anda dan anda juga berpeluang mendapatkan tawaran pendidikan percuma yang disediakan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here