Pandelela dedah pernah dibuli selepas tegur jurulatih buat lawak lucah

0
253
Datuk pandelela Rinong

CYBERJAYA – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan beliau pernah dibuli oleh seorang jurulatih.

Pandelela berkata, dia dibuli selepas bertindak menegur sikap jurulatih berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.

“Dahulu saya ada seorang jurulatih yang suka buat lawak lucah, saya buat diam sahaja  atau pura-pura ketawa kerana takut kepadanya.

“Pernah sekali tidak tahan, saya tegur dia tetapi kena buli balik. Tujuh tahu nkemudian dia buat kes (didakwa) rogol,” kata Pandelela di laman Twitternya.

Jelas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, paling sedih katanya, dalam masa tujuh tahun itu, jurulatih berkenaan sentiasa membuat hal.

“Kami atlet tidak boleh buat apa, sebab ‘back up’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya.

Pandelela berkata, pengajaran yang boleh diambil daripada kisahnya itu adalah, keperluan pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan atau jenayah.

“Mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” jelasnya.

Sebelum ini, pada Oktober 2017, (bekas) jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil, September lalu.

Pada Februari 2020, Qiang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan merogol atlet berkenaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini melepas dan membebaskan Qiang pada 9 April 2018 dan 31 Januari 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here