Pas dalam dilema, mungkin bertanding guna logo ‘bulan’

0
212
Gambar Hiasan-Bendera Pas

CYBERJAYA – Pas tidak menolak kemungkinan bertanding dengan menggunakan logo parti ‘bulan’ susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk bekerjasama dengan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan hadapan.

Cadangan itu ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya sebentar tadi.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” katanya.

Semalam MKT UMNO memutuskan menolak kerjasama dengan Bersatu namun bersetuju bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRN Melaka.

Bagaimanapun Pas dilihat tersepit selepas menjadi salah sebuah parti yang membentuk komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai oleh Bersatu.

Jika Pas meneruskan kerjasama bersama Bersatu menerusi PN, parti Islam itu akan bertembung dengan UMNO yang bakal bertanding bersama Barisan Nasional (BN).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here