Pelajar institusi kemahiran dan rakan ditahan bersama 96 bungkus air ketum

0
183
96 bungkus air ketum yang ditemui di dalam kereta dipandu pelajat sebuah institusi kemahiran di Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas, Kelantan.

PASIR MAS – Seorang pelajar institusi kemahiran ditahan bersama seorang rakannya selepas dipercayai mengedar 96 bungkus air ketum dalam pemeriksaan polis di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pelajar berusia 20 tahun dan rakannya yang berusia 26 tahun ditahan pada pukul 6.18 petang.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan ketika tiba di pemeriksaana polis di jambatan berkenaan.

“Ketika itu, kereta Proton Iswara Aeroback yang dinaiki suspek sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke ke Salor, Kota Bharu.

“Apabila tiba di jambatan itu, polis telah menahan kereta dan membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek, namun tidak menjumpai barang salah,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta polis telah menjumpai 16 bungkus plastik lutsinar dipercayai mengandungi air ketum yang diletak di tempat letak kaki penumpang belakang.

“Polis terus menjalankan pemeriksaan di dalam but kereta itu sebelum menemui 80 bungkus lagi bungkusan sama,” katanya.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati pelajar itu positif dadah jenis benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala rakannya negatif.

Menurutnya, kedua-dua suspek dan semua barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here