Pelbagai kelebihan jadi ahli Kelab Malakat Eco VIP

0
94
Tawaran baucar berganda untuk ahli Kelab Malakat Eco VIP

CYBERJAYA – Kelab Malakat Eco VIP hari ini secara rasmi dilancarkan dengan ahlinya bakal mendapat pelbagai tawaran menarik oleh Kumpulan Malakat Eco.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 10,000 ahli akan meyertai Kelab Malakat Eco VIP dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan hebat oleh orang ramai terhadap segala usaha yang telah diperjuangkan oleh pihaknya sejak penubuhan Malakat Mall.

“Kelab Malakat Eco VIP ada Platinum, Gold, Silver dan Hang Bangkit. Untuk Platinum ahli berpeluang untuk mendapat baucar berganda sehingga RM2,400 dengan pendaftaran RM1,250.

“Sebelum ini Kelab Malakat adalah percuma, sekarang kita perkenal ahli berbayar yang mana setiap pembelian melebihi RM100 di Malakat Mall akan mencapar baucar,” katanya.

Menurut Mohd Fadzil, tawaran menarik untuk menjadi Ahli Kelab Malakat Eco VIP ini akan dibuka sehingga akhir tahun ini sahaja dan orang ramai dijemput untuk merebut peluang terbaik ini.

“Ini merupakan usaha Kumpulan Malakat Eco untuk rakyat keluar daripada masalah pandemik yang melanda negara ketika ini. Kita mahu gandakan kuasa duit yang ada pada rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here