Pelepasan cukai untuk perbelanjaan pelancongan domestik

0
341
Zafrul Abdul Aziz

CYBERJAYA – Rakyat diberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan pelancongan tempatan atau domestik melalui Belanjawan 2020 yang diumumkan semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, manfaat itu diberikan untuk menggalakkan pemulihan sektor pelancongan dalam negara yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Selanjutnya, kerajaan bercadang untuk melanjutkan beberapa galakan cukai termasuk pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa sehingga tahun taksiran 2025.

“Pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan akan menggiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan kesihatan dengan
peruntukan RM 20 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council.

Selain itu, Zafrul berkata, pihak negeri juga disaran untuk memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here