Pembunuhan Ahli Parlimen UK diklasifikasikan sebagai ‘tindakan keganasan’

0
138
Mendiang David Ames

LONDON – Pihak berkuasa United Kingdom (UK) hari ini mengklasifikasikan pembenuhan Ahli Parlimen Sir David Ames sebagai satu ‘tindakan keganasan’.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Ames ditikam sebanyak 17 kali oleh seorang lelaki yang secara tiba-tiba meluru ke arahnya dalam satu majlis bertemu pengundi di Gereja Methodist Belfairs di Essex.

Cubaan untuk menyelamatkan Ames bagaimanapun gagal dan mendiang disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang.

Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kejadian.

Siasatan awal mendapati, lelaki itu berasal dari Somalia dan tinggal di UK sejak tahun 90an.

Buat masa ini, pihak keselamatan tidak menolak sebarang kemungkinan kejadian ini mempunyai kaitan dengan aktiviti ekstremis, namun siasatan lanjut yang turut melibatkan agensi perisikan dalaman, MI5 masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here