Pencuri kantoi selepas larikan telefon bimbit wartawan

0
113
Wajah suspek terpampang di hadapan 20,000 penonton yang sedang menyaksikan siaran langsung itu.

KAHERAH – Seorang lelaki ditahan selepas melarikan telefon bimbit seorang wartawan yang sedang melakukan liputan langsung di bandar Shubra al-Khaimah, semalam.

Kata The Guardian, lelaki itu ditahan selepas dia tidak menyedari wajahnya tersiar secara langsung selepas dia merampas telefeon bimbit itu daripada wartawan Youm7, Mahmoud Ragheb.

Mahmoud, pada ketika itu, sedang bersiaran langsung meninjau kesan daripada gempa bumi di Kepulauan Karpathos di Greece yang turut dirasakan hingga ke Mesir.

Ketika kejadian, siaran itu sedang ditonton oleh kira-kira 20,000 penonton.

Selepas kejadian, ramai pengguna menyebarkan wajah suspek itu di media sosial, sehingga ia menjadi tular.

Suspek kejadian itu berjaya ditahan beberapa jam kemudian dan mengaku pada kesalahannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here