Penduduk Romania berpusu-pusu dapatkan suntikan vaksin

0
94
GAMBAR HIASAN

BUCHAREST – Penduduk Romania berpusu-pusu mendapatkan suntikan vaksinasi apabila kerajaan mula mengenakan larangan terhadap individu yang belum divaksin.

Laporan Reuters menyebut, Romania merupakan negara kedua di Eropah yang mempunyai kadar vaksinasi paling rendah.

Buat masa ini, hanya 38 peratus daripada 19.29 juta penduduk Romania sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan 1 juta daripadanya dalam minggu ini sahaja.

“Saya mengambil vaksin kerana kini sudah ada sekatan, seperti larangan keluar pada waktu malam dan kebenaran masuk ke beberapa lokasi.

“Saya berpendapat semua orang perlu divaksinasi supaya kita dapat mengatasi pandemik ini,” kata seorang pemandu lori, Dumitru Banu, ketika ditemubual Reuters.

Setakat hari ini, Romania melaporkan sejumlah 1,587,880 kes Covid-19 di seluruh negara sejak pandemik ini bermula, dengan 45,503 kes kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here