Peneroka Felda ditemukan maut dengan kesan tembakan pada dada

0
46
Kejadiakn diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KUANTAN – Seorang peneroka Felda ditemuikan dengan kesan tembakan pada bahagian dada dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Omar, 67, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Goh pada pukul 4.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang ditemui dengan selaras senapang buatan sendiri cedera pada bahagian dada dan juga tapak tangan kanan.

Beliau berkata, menurut keterangan isteri, dia dihubungi oleh mangsa yang memaklumkan kejadian dan masih hidup ketika ditemukan dalam keadaan parah.

“Isteri memaklumkan mangsa telah keluar dari rumah pada pukul 10 pagi untuk pergi mengait buah kelapa sawit di tempat kejadian.

“Pada jam 3.36 petang, mangsa menghubungi isteri memberitahu ditembak di bahagian dada. Isterinya telah pergi ke tempat kejadian bersama rakan mangsa dan menemui suaminya dalam keadaan parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang dibawa isteri dan rakan baik mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Goh untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat.

“Setakat ini, motif kejadian dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here