Pengarah Fotografi terbunuh ditembak pelakon Hollywood

0
445

NEW MEXICO – Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan dilepaskan oleh pelakon Hollywood, Alec Baldwin di lokasi penggambaran filem popular, Bonanza Creek Ranch di sini.

Kejadian yang dilaporkan berpunca daripada penggunaan senjata khas untuk tujuan lakonan itu mengorbankan Halyna Hutchins, 42, yang merupakan pengarah fotografi bagi filem Rust terbitan bersama Baldwin itu.

Seorang lagi mangsa yang cedera adalah Joel Souza, 48, yang merupakan pengarah filem berlatar belakangkan zaman abad ke 19 itu.

Hutchins yang diterbangkan untuk mendapat rawatan ke Hospital Universiti New Mexico disahkan meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Mangsa yang berasal Ukraine pernah dinobatkan sebagai bintang baru dalam fotografi perfileman oleh Majalah American Cinematography pada tahun 2019.

Akhbar The Santa Fe New Mexican melaporkan, Baldwin dilihat menangis ketika hadir memberi kenyataan di balai polis. Bagaimanapun tiada dakwaan dibuat terhadapnya.

Baldwin pernah membintangi filem The Hunt For The Red Oktober, The Aviator dan The Departed dan menyumbang suara untuk beberapa animasi termasuk The SpongeBob Squarepants Movie, Madagascar: Escape 2 Africa, Rise of the Guardians dan The Boss Baby.

Alec Baldwin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here