Penjawat awam tolak vaksin akan dipanggil mengadap KP jabatan

0
70
Adnan Mat

CYBERJAYA – Penjawat awam yang menolak suntikan vaksin Covid-19 akan dipanggil mengadap ketua jabatan untuk memperjelaskan punca keengganan berbuat demikian.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, ketua jabatan akan datang bertemu dengan penjawat awam yang enggan menerima vaksin untuk memahami punca sebenar.

Pada masa kini katanya, terdapat kira-kira 1.6 peratus atau 25,920 kakitangan daripada sektor awam yang belum menerima vaksin atas sebab-sebab tertentu.

“Sebanyak 98.4 peratus penjawat awam telah menerima vaksin, tetapi masih ada 1.6 peratus yang enggan berbuat demikian.

“Walaupun jumlah ini tidak besar, tetapi keadaannya tidak boleh diterima kerana mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan,”katanya memetik laporan China Press.

Beliau berkata, sasaran 100 peratus vaksinasi dalam kalangan penjawat awam amat penting terutama untuk meningkatkan keyakinan orang ramai ketika berurusan dengan kerajaan.

Katanya, vaksinasi bertujuan menjamin keselamatan penjawat awam, khasnya mereka yang bertugas di kaunter dan perlu bertemu dengan ramai orang.

Jelasnya lagi, setakat ini pengecualian yang mungkin dipertimbangkan kepada penjawat awam untuk tidak mengambil suntikan vaksin hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan oleh doktor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here